Saturday, 14 January 2017

Kitar Semula - Kepentingan Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar. Kitar semula adalah    merupakan    satu    kaedah    dalam    pengurusan    sisa    untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal. Biarpun terdapat beberapa bahan-bahan yang tidak boleh diguna semula atau dikitar semula, namun dalam tempoh dua dekad yang lalu, plastik adalah  bahan  yang  sering  dikitar  semula.

DEFINISI


Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672)kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 

Kitar Semula

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA


Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana : 


1.   Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa . 
2.   Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa . 
3.   Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi). 
4.   Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak. 


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi. 

1.   Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. 
2.   Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. 
3.   Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. 

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. 

1.   Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. 
2.   Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3.   Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang. 
 

3R
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. 
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya. 



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan. 

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 
 

Pengurangan:

•Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.  


Penggunaan semula:


•Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. 
 
Kitar semula:


•Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.  

Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula” 

FAEDAH KITAR SEMULA

Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipunggut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007.Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia.Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnyaa?Oleh itu,saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semulaperlu dicakna bersama.
         
Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran.Barangan seperti kaca,surat khabar lama,dan plastikdapat digina selpas melalui proses tertentu.Melalui cara ini,kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepad kualiti udara yang kita sedut pada detiap hari.
          
Bukan itu sahaja kita dapat melindungi hutan di negara kita.proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian.Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.
           
Melalui kitar semula juga,kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan.Sisa-sisa domestik yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tempat pelupusan sampah membabitkan berekar-ekar tanah.Jelaslah di sini usaha bersama dalam menjayakan kitar semula dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
         
Tuntasnya amalan kitar semula seperti saranan pihak kerajaan membawa kebaikan kepada semua pihak.Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah,iaitu dari rumah kita sendiri.Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita.