Monday, 5 December 2016

MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN KITAR SEMULA


TAK KAN ANDA TAK TAHU?
Sekadar perkongsian. Daripada plastik botol telah melalui proses baru dan membentuk benda yang boleh diguna semula. Amat baik bagi menandatangani masalah negara kerana plastik botol adalah antara penyumbang sampah terbesar kepada sisa yang sukar untuk dilupuskan.

DO IT YOUR SELF
Salah satu langkah bagi menggurangkan sisa adalah dengan menggunakan daya kreativiti. Berikut adalah plastik botol yang direka dijadikan bekas simpanan, tempat meletak majalah, dan sebagainya.

DO IT YOUR SELF
Kalau tidak berfikiran jauh maka tidak dapatlah hasil seperti ini. Di Malaysia banyak sahaja bahan kitar semula yang boleh digunakan tetapi kita masih lagi membuangnya ke dalam tong sampah. 
Pernah warta web berjalan di pasar jualan dan terlihat hasil kerja penjual hasil daripada barangan kitar semula yang direka secara kreatif. Memang menakjubkan. Ramai juga yang membelinya. 
Mungkin daripada berbual kosong pada setiap hujung minggu apa kata mulakan hujung minggu anda dengan mencari barangan kitar semula yang boleh digunakan kemudian berkumpul bersama rakan, keluarga dan jiran memikirkan sesuatu untuk dijadikan produk baru untuk dijual. Setiap hujung minggu terisi dengan ativiti dan bersosial malah menambah pendapatan. Fikir-fikirkan...
*Sumber dari internet

Idea Kreatif Amalan Kitar Semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Barang-barang terbuang dan tidak dipakai masih boleh digunakan semula untuk dijadikan sesuatu benda lain yang menarik dan berguna. Kreativiti kitar semula barang terbuang ini boleh kita lakukan sendiri andai anda rajin dan punya masa terluang.


Walaupun kadangkala agak rumit dan tidak punya kemahiran, namun idea kitar semula ini boleh kita dedahkan kepada anak-anak untuk mereka lakukan sambil belajar menghargai barang-barang terbuang ini.

Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.

Idea Kreatif Kitar Semula

Berikut beberapa idea kreatif kitar semula yang boleh dijadikan panduan dan rujukan serta boleh kita lakukan bersama. 

iIdea Kreatif Amalan Kitar Semula
Sekeping papan, kain dan kocek seluar jean. Dari bahan-bahan tersebut, maka terhasillah satu tempat menyimpan yang unik di dinding rumah anda. 

Idea Kreatif Kitar Semula
Bagi penggemar gubahan bunga, pastinya ini merupakan idea kreatif yang tidak asing buat anda. Dengan menggunakan botol terbuang, satu kuntuman bunga yang menarik boleh dihasilkan. Bunga yang sentiasa berkembang dan mudah dijaga!

Ini adalah bekas stationary yang dikitar semula dari disket lama dan keyboard komputer. Zaman telah berubah dan semakin canggih. Semuanya hanya melalui sentuhan di skrin dan usb serta memori kad telah menggantikan zaman disket ini. Daripada dibuang...mungkin dengan cara ini ianya dapat digunakan semula. 

Satu lagi bahan terbuang yang boleh anda jadikan bekas stationary ini adalah gelung tisu. Jika dah jadi...pasti ada yang berebut inginkannya!

Peti telivisyen lama ini agak sukar dilihat masa kini. Jika anda masih ada menyimpannya,.. daripada terbiar, anda boleh kitar semula menjadi akuarium atau tempat menyimpan buku dan alatan. Ianya sangat unik dan antik lalu menjadi satu tarikan dan tinggalan kenangan yang bersejarah 


Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari cawan plastik atau kertas
.

Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari guli


Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari tutup botol

Kesemua lampu hiasan diatas merupakan antara idea kitar semula yang boleh anda lakukan. Hasilnya memang menarik dan mungkin boleh dijual. Namun perlu ada bimbingan dari mereka yang pakar dalam pendawaian elektrik agar ianya tidak mendatangkan risiko bahaya. 

Antara barangan terbuang yang tidak bernilai adalah tayar kenderaan. Jangan sesekali dibakar kerana ianya mencemarkan udara dan asapnya bertoksid. Terbiar merata-rata pula boleh mendatangkan bahaya apabila menjadi sarang untuk nyamuk aedes dan binatang berbisa.

Mungkin idea kreatif kitar semula seperti diatas boleh anda lakukan agar tayar-tayar terbuang ini berguna dan menarik untuk dipandang. 

Satu lagi idea kreatif kitar semula botol plastik yang menarik yang boleh kita semua lakukan. Mudah dan senang. 

Menyumbang Kepada Amalan Kitar Semula

Semua idea kreatif kitar semula barang terbuang dan terpakai ini boleh anda praktikkan. Seperti yang telah dikatakan diawal-awal tadi, ianya mungkin sukar buat kita yang kurang kemahiran atau tiadanya masa terluang. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menyumbang kepada amalan kitar semula.

Cukuplah dengan hanya mengumpulkan barang-barang tersebut dan jual. Jika tidak dijual pun, asingkanlah barang-baramg tersebut mengikut jenis dan berikan kepada lori sampah yang mengutip sampah di tempat anda. 

Ketahuilah bahawa setiap PBT akan mengambil barangan terbuang yang telah diasingkan ini untuk dihantar di pusat kitar semula, maka  anda juga telah menyumbang kepada pengurangan pembuangan sampah domestik dan pemeliharaan alam sekitar!

Jom! kitar semula bersama-sama :

KITAR SEMULA

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.