Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar. Kitar semula adalah merupakan satu kaedah dalam pengurusan sisa untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal. Biarpun terdapat beberapa bahan-bahan yang tidak boleh diguna semula atau dikitar semula, namun dalam tempoh dua dekad yang lalu, plastik adalah bahan yang sering dikitar semula.
DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672)kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
1. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
2. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
3R
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
Pengurangan:
•Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.
Penggunaan semula:
•Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.
Kitar semula:
•Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”
RECYCLE
KITAR SEMULA
Saturday, 14 January 2017
FAEDAH KITAR SEMULA
Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipunggut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007.Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia.Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnyaa?Oleh itu,saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semulaperlu dicakna bersama.
Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran.Barangan seperti kaca,surat khabar lama,dan plastikdapat digina selpas melalui proses tertentu.Melalui cara ini,kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepad kualiti udara yang kita sedut pada detiap hari.
Bukan itu sahaja kita dapat melindungi hutan di negara kita.proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian.Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.
Melalui kitar semula juga,kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan.Sisa-sisa domestik yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tempat pelupusan sampah membabitkan berekar-ekar tanah.Jelaslah di sini usaha bersama dalam menjayakan kitar semula dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
Tuntasnya amalan kitar semula seperti saranan pihak kerajaan membawa kebaikan kepada semua pihak.Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah,iaitu dari rumah kita sendiri.Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita.
Monday, 5 December 2016
MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN KITAR SEMULA
TAK KAN ANDA TAK TAHU?
Sekadar perkongsian. Daripada plastik botol telah melalui proses baru dan membentuk benda yang boleh diguna semula. Amat baik bagi menandatangani masalah negara kerana plastik botol adalah antara penyumbang sampah terbesar kepada sisa yang sukar untuk dilupuskan.
DO IT YOUR SELF
Salah satu langkah bagi menggurangkan sisa adalah dengan menggunakan daya kreativiti. Berikut adalah plastik botol yang direka dijadikan bekas simpanan, tempat meletak majalah, dan sebagainya.
DO IT YOUR SELF
Kalau tidak berfikiran jauh maka tidak dapatlah hasil seperti ini. Di Malaysia banyak sahaja bahan kitar semula yang boleh digunakan tetapi kita masih lagi membuangnya ke dalam tong sampah.
Pernah warta web berjalan di pasar jualan dan terlihat hasil kerja penjual hasil daripada barangan kitar semula yang direka secara kreatif. Memang menakjubkan. Ramai juga yang membelinya.
Mungkin daripada berbual kosong pada setiap hujung minggu apa kata mulakan hujung minggu anda dengan mencari barangan kitar semula yang boleh digunakan kemudian berkumpul bersama rakan, keluarga dan jiran memikirkan sesuatu untuk dijadikan produk baru untuk dijual. Setiap hujung minggu terisi dengan ativiti dan bersosial malah menambah pendapatan. Fikir-fikirkan...
*Sumber dari internet
Idea Kreatif Amalan Kitar Semula
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Barang-barang terbuang dan tidak dipakai masih boleh digunakan semula untuk dijadikan sesuatu benda lain yang menarik dan berguna. Kreativiti kitar semula barang terbuang ini boleh kita lakukan sendiri andai anda rajin dan punya masa terluang.
Walaupun kadangkala agak rumit dan tidak punya kemahiran, namun idea kitar semula ini boleh kita dedahkan kepada anak-anak untuk mereka lakukan sambil belajar menghargai barang-barang terbuang ini.
Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.
Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.
Idea Kreatif Kitar Semula
Berikut beberapa idea kreatif kitar semula yang boleh dijadikan panduan dan rujukan serta boleh kita lakukan bersama.
Sekeping papan, kain dan kocek seluar jean. Dari bahan-bahan tersebut, maka terhasillah satu tempat menyimpan yang unik di dinding rumah anda.
Bagi penggemar gubahan bunga, pastinya ini merupakan idea kreatif yang tidak asing buat anda. Dengan menggunakan botol terbuang, satu kuntuman bunga yang menarik boleh dihasilkan. Bunga yang sentiasa berkembang dan mudah dijaga!
Ini adalah bekas stationary yang dikitar semula dari disket lama dan keyboard komputer. Zaman telah berubah dan semakin canggih. Semuanya hanya melalui sentuhan di skrin dan usb serta memori kad telah menggantikan zaman disket ini. Daripada dibuang...mungkin dengan cara ini ianya dapat digunakan semula.
Satu lagi bahan terbuang yang boleh anda jadikan bekas stationary ini adalah gelung tisu. Jika dah jadi...pasti ada yang berebut inginkannya!
Peti telivisyen lama ini agak sukar dilihat masa kini. Jika anda masih ada menyimpannya,.. daripada terbiar, anda boleh kitar semula menjadi akuarium atau tempat menyimpan buku dan alatan. Ianya sangat unik dan antik lalu menjadi satu tarikan dan tinggalan kenangan yang bersejarah
![]() |
Lampu hiasan dari cawan plastik atau kertas |
.
![]() |
Lampu hiasan dari guli |
![]() |
Lampu hiasan dari tutup botol |
Kesemua lampu hiasan diatas merupakan antara idea kitar semula yang boleh anda lakukan. Hasilnya memang menarik dan mungkin boleh dijual. Namun perlu ada bimbingan dari mereka yang pakar dalam pendawaian elektrik agar ianya tidak mendatangkan risiko bahaya.
Antara barangan terbuang yang tidak bernilai adalah tayar kenderaan. Jangan sesekali dibakar kerana ianya mencemarkan udara dan asapnya bertoksid. Terbiar merata-rata pula boleh mendatangkan bahaya apabila menjadi sarang untuk nyamuk aedes dan binatang berbisa.
Mungkin idea kreatif kitar semula seperti diatas boleh anda lakukan agar tayar-tayar terbuang ini berguna dan menarik untuk dipandang.
Satu lagi idea kreatif kitar semula botol plastik yang menarik yang boleh kita semua lakukan. Mudah dan senang.
Menyumbang Kepada Amalan Kitar Semula
Semua idea kreatif kitar semula barang terbuang dan terpakai ini boleh anda praktikkan. Seperti yang telah dikatakan diawal-awal tadi, ianya mungkin sukar buat kita yang kurang kemahiran atau tiadanya masa terluang. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menyumbang kepada amalan kitar semula.
Cukuplah dengan hanya mengumpulkan barang-barang tersebut dan jual. Jika tidak dijual pun, asingkanlah barang-baramg tersebut mengikut jenis dan berikan kepada lori sampah yang mengutip sampah di tempat anda.
Ketahuilah bahawa setiap PBT akan mengambil barangan terbuang yang telah diasingkan ini untuk dihantar di pusat kitar semula, maka anda juga telah menyumbang kepada pengurangan pembuangan sampah domestik dan pemeliharaan alam sekitar!
Jom! kitar semula bersama-sama :
KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)